MQR1001-Qualitative Research
MODULE COMPETENCY PROGRESS
CERTIFICATION COMPETENCY PROGRESS
Menyokong Pemilihan Metodologi
Maksud
Literature Review (LR) membantu penyelidik memilih metodologi yang paling sesuai dengan tujuan kajian, jenis data, dan fenomena yang ingin diterokai.
Melalui LR, penyelidik dapat memahami kaedah yang digunakan dalam kajian lepas, keberkesanannya, dan jurang yang perlu diisi.
Bagaimana LR Menyokong Pemilihan Metodologi?
-
Menunjukkan kaedah yang paling banyak digunakan dalam bidang tertentu.
Contoh: Banyak kajian AI in Education menggunakan survei (kuantitatif). -
Menjelaskan kekuatan dan kelemahan metodologi lepas.
Contoh: Kajian survei hanya memberi gambaran umum, tidak mendalam. -
Membantu penyelidik memilih metodologi yang paling relevan dengan jurang kajian.
Contoh: Jika jurang berkaitan pengalaman, kaedah kualitatif lebih sesuai. -
Menjustifikasi mengapa metodologi tertentu lebih tepat.
Contoh: Fenomenologi dipilih kerana kajian ingin memahami pengalaman hidup peserta. -
Mengelakkan pemilihan metodologi secara rawak atau tidak tepat.
-
Menyelaras kaedah dengan objektif kajian.
Contoh (BM)
Situasi LR:
Kajian lepas tentang penggunaan AI oleh guru banyak menggunakan pendekatan kuantitatif seperti survei untuk menilai tahap penggunaan.
Apa jurangnya?
Masih kurang kajian yang meneroka pengalaman sebenar guru, cabaran, dan makna penggunaan AI dalam konteks PdP.
Bagaimana LR menyokong metodologi?
-
Disebabkan jurang berkaitan pengalaman dan makna, metodologi kualitatif lebih sesuai.
-
Kaedah seperti temu bual mendalam atau fenomenologi dipilih kerana ia memberi gambaran lebih mendalam.
-
LR memberi justifikasi bahawa pendekatan kualitatif mengisi ruang yang tidak dicapai oleh kajian tinjauan.